Rabu, 16 Mac 2011

PERBEZAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF

Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran Kolaboratif

Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil. Setiap murid bertanggungjawab tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan


Berasaskan kepada idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial. Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual.

Pergantungan positif setiap ahli dalam menentukan kejayaan pasukan.


Tiada ‘kontrak’ / pergantungan dalam kolaborasi bersama.

Peranan guru sebagai fasilitator, menstrukturkan dan memantau aktiviti pasukan mencapai objektif.


Tidak memerlukan pemantauan guru dan tidak berstruktur.

Hasil secara kumpulan

Hasil secara individu.

Free Blog Content

PEMBELAJARAN KOLABORATIF

PEMBELAJARAN KOLABORATIF
Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran yang sesuai juga digunakan dalammpengajaran dan pembelajaran bestari. Pembelajaran ini turut mempunyai banyak persamaan dengan langkah pembelajaran koperatif namun walau bagaimana pun pembelajaran kolaboratif dan koperatif turut mempunyai beberapa perbezaan yangtertentu dalam ciri pembelajaran.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KOLABORATIF
1.      Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid – cth maklumat hasil carian internet dikongsi bersama.  
2.      Perkongsian kuasa antara guru dan murid – empowerment kepada murid menentukan objektif sesuatu tugasan setelah dipersetujui oleh guru, menggunakan kreativiti mereka menyiapkan tugasan seperti menggunakan pengurusan grafik.
3.      Guru sebagai mediators – bantu murid mengaitkan maklumat baru yang diperolehi dari usaha kolaboratif dengan pengalaman dan pemindahan kepada situasi baru.
4.      Kewujudan personaliti dan harga diri positif hasil perkongsian maklumat sesama rakan sebaya dan guru.

Free Blog Content

PEMBELAJARAN KOPERATIF

Definisi
Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.

Ø  Ciri-Ciri pembelajaran koperatif.
Dalam pembelajaran ramai pihak bersetuju bahawa dalam pembelajaran koperatif banyak kelebihan yang dapat diperolehi oleh pelajar berdasarkan langkah pembelajaran ini, antaranya ialah seperti yang berikut;
  1. 1.      Pencapaian akademik
  1. 2.      Kepekaan positif kepada  kepelbagaian
  1. 3.      Pemantapan kemahiran sosial.
Seterusnya, pembelajaran koperatif ialah menurut Slavin (1990) ialah pembelajaran yang hanya akan berkesan apabila mempunyai tiga ciri berikut;
  • Ganjaran kumpulan
  •  Tanggungjawab individu
  • Peluang yang sama untuk berjaya.

Seterusnya pula menurut Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran koperatif. Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran berkumpulan dan penilaian kumpulan.

Berdasarkan pendapat-pendapat yuang dinyatakan jelaslah bahawa dalam pembelajaran koperatif ini ia cara pembelajaran yang sangat mementingkan pembelajaran secara berpasukkan.


Free Blog Content