Rabu, 23 Februari 2011

Nilai-Nilai Murni


1 BAIK HATI
  •   Belas kasihan - bersimpati terhadap kesusahanorang lain
  • Bertimbang rasa – mengambil kira keperluandan perasaan orang lain.
  • Murah hati – memberi bantuan secara ikhlaskepada yang memerlukan. 
  • Saling memahami – sanggup memberi danmenerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain. 
  • Saling bermaafan – sanggup meminta maaf danmemaafkan. 

2.BERDIKARI
  • Berupaya bertindak sendiri – sanggup danboleh melakukan sesuatu tanpa bantuan oranglain.
  • Yakin kepada diri sendiri percaya kepadakebolehan diri dan sanggup mencuba. 

3. BERHEMAH TINGGI
  • Kesopanan – berbudi bahasa dan beradab dalampergaulan. 
  • Mengakui kesilapan sendiri – sedia mengakukesilapan diri sendiri serta sanggup menerimanasihat. 
  • Ramah mesra – sedia bergaul mesra dengansemua orang
4. HORMAT
  • Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga–memulia dan patuh kepada mereka. 
  • Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan jiran dan pemimpin–menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka. 
  • Hormat kepada kerajaan dan negara – menerimadan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara. 
  • Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum – menghormati kepercayaan danadat resam semua kaum. 
  • Patuh kepada undang-undang – mematuhiundang-undang setiap masa.
5. KASIH SAYANG
  •   Sayang diri sendiri dan orang lain–menyayangi diri sendiri dan orang lain. 
  • Sayangkan alam sekitar – Memelihara danmemulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.
6. KEADILAN
  • Adil – Membuat pertimbangan dankeputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian
  •  Saksama – tidak menyebelahi sesuatupihak dalam membuat keputusan.
  •  
7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG
·         Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama.

8. KEBERANIAN
·  Berani mencuba- Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan ornag lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.
·  Berani kerana benar- Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.

9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
·         Kebersihan diri – Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap indivu untuk kehidupan yang sihat.
·         Kebersihan persekitaran – Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapid an bebas daripada kotoran dan pencemaran.
·         Kebersihan mental – Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.

10. KEJUJURAN
·         Amanah – Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat keyakinan orang lain.
·         Bercakap benar – Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
·         Ikhlas – Melakukan sesuatu suci hati tanpa mengharapkan balasan.

11. KERAJINAN
·         Daya usaha – Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisatif, kreatif dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
·         Dedikasi – Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah

12. KERJASAMA
·         Gotong-royong – Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela.
·         Toleransi – Bertolak ansur serta dapat mengawal mengelakkan berlakunya perselisihan
·         Perpaduan – Bersefahaman dan bekerjasama dio peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.

13. KESEDARHANAAN.
·         Pertuturan dan pelakukan yang sedarhana- Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyingung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.
·         Kesedarhanaan dalam menimbangkan kepentingan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.

14. KESYUKURAN
·         Berterima kasih – Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

15. RASIONAL
·         Membuat pertimbangan – Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan

16. SEMANGAT BERMASYARAKAT
·         Bermuafakat – Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu perkerjaan bagi kepentingan bersama.


 Kerajianan – Berbaik-baik, bertolak ansur, tolng menolong dan berkerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat.
·         Peka terhadap isu-isu social dalam masyarakat- Memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.
17. PATRIOTIK
·         Cintakan negara – Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara.
·         Berkorban untuk negara – Sanggup melakukan apa sajaka demi mempertahankan neagar daripada dicerobohi.
.......

1 ulasan:

  1. Merit Casino Review 2021 | The Best Bonus
    It is 메리트카지노총판 one of the 바카라 oldest online casinos that has been running since 1997. Its games have 카지노사이트 a very impressive collection of features including unique game selection,

    BalasPadam