Rabu, 16 Mac 2011

PEMBELAJARAN KOPERATIF

Definisi
Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.

Ø  Ciri-Ciri pembelajaran koperatif.
Dalam pembelajaran ramai pihak bersetuju bahawa dalam pembelajaran koperatif banyak kelebihan yang dapat diperolehi oleh pelajar berdasarkan langkah pembelajaran ini, antaranya ialah seperti yang berikut;
  1. 1.      Pencapaian akademik
  1. 2.      Kepekaan positif kepada  kepelbagaian
  1. 3.      Pemantapan kemahiran sosial.
Seterusnya, pembelajaran koperatif ialah menurut Slavin (1990) ialah pembelajaran yang hanya akan berkesan apabila mempunyai tiga ciri berikut;
  • Ganjaran kumpulan
  •  Tanggungjawab individu
  • Peluang yang sama untuk berjaya.

Seterusnya pula menurut Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran koperatif. Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran berkumpulan dan penilaian kumpulan.

Berdasarkan pendapat-pendapat yuang dinyatakan jelaslah bahawa dalam pembelajaran koperatif ini ia cara pembelajaran yang sangat mementingkan pembelajaran secara berpasukkan.


Free Blog Content

Tiada ulasan:

Catat Ulasan