Selasa, 12 April 2011

PENILAIAN FORMATIF DAN SUMATIF DALAM SENI


Penilaian Formatif dan Sumatif
Istilah formatif dan sumatif telah diperkenalkan oleh Micheal Scriven pada tahun 1967 dalam kertas kerjayanya bertajuk Metadologi Penilaian yang menerangkan peranan dalam perkembangan kurikulum dan pengajaran. Menurut beliau, penilaian formatif dijalankan secara berterusan, ia itu semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran sama ada aspek pengajaran atau pembelajaran. Ia khususnya berkaitan dengan mata pelajaran seni visual yang sedang diajarkan di dalam bilik darjah.

 Ini dapat menentukan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat itu mencapai objektif yang diharapkan. Fungsi penilaian formatif dengan kadar segera dan pelajar memahami tentang pengajaran yang sedang berlaku. Keadaan ini membantu guru meneruskan atau memperbaiki kaedah pengajaran yang sedang dijalankan. 

Guru akan dapat maklumat pengajaran beliau melalui pemerhatian, kuiz, tugasan, kerja rumah dan ujian ringkas yang dibuat di bilik darjah. Guru akan dapat melihat hasil yang dihasilkan oleh pelajar contohnya kerja lukisan yang diberikan. Penilaian guru boleh dilakukan apabila melihat hasil lukisan yang telah dihasilkan oleh pelajar sama ada bersesuaian dengan cara melukis dan teknik warna yang digunakan oleh pelajar berdasarkan arahan yang diberikan oleh guru. Oleh itu untuk mengukur sejauh mana kebolehan pelajar maka giru harus bertindak untuk melakukan penilaian dalam hasil kerja pelajar bagi mengetahui sejauh mana tahap yang telah dikuasai oleh pelajar.

Manakala penilaian sumatif pula ialah satu jenis penilaian yang dibuat di akhir sesuatu kursus atau program bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran atau kursus yang dilaksanakan. Kedua-dua bentuk penilaian ini penting dalam memantau sesuatu pengajaran dan pembelajaran atau kursus yang dilaksanakan. Kedua-dua bentuk penilaian ini penting dalam memantau sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dapat berjaya mencapai matlamatnya. Bagi ujian sumatif pula ia lebih merupakan ujian yang dikendalikan di akhir sesuatu atau program atau unit sebelum guru melangkah atau meneruskan  ke unit atau program yang baru. Ia lebih merupakan satu unit yang lebih besar daripada unit dalam formatif. Fungsi utama penilaian sumatif ialah menentukan pencapaian di penghujung sesuatu program pengajaran dan pembelajaran kini sedang berlaku. Dalam penilaian sumatif, maklumat yang didapati mempunyai skop yang lebih luas dari aspek cakupan kandungan atau kemahiran yang ditaksir tetapi kurang diperincikan.

Contohnya:
UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM boleh dianggap sebagai satu penilaian sumatif kerana ia melibatkan ujian pencapaian terhadap apa yang telah diajar dari awal hingga akhir bagi sesuatu program peperiksaan.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah, ujian bulanan yang kerap dibuat oleh guru dianggap sebagai ujian formatif kerana guru akan menggunakan prestasi ujian bulanan untuk mengenalpasti perkembangan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Seandainya terdapat sesuatu perkara yang kurang menyenangkan di pihak guru, guru akan segera memperbaiki kaedah pengajaran atau penekanan pengajaran yang telah dibuatkhususnya bagi mata pelajaran seni visual ini.

Manakala ujian semester atau ujian akhir tahun boleh dianggap sebagai ujian sumatif. Ujian ini dianggap sebagai penetup kepada segala pengajaran yang telah dibuat untuk tempoh atau tahun berkenan (exit test). Semester atau tahun baru akan dimulakan dengan program yang baru untuk para pelajar. Segala kelemahan pengajaran dianggap lewat untuk diperbaiki semula kerana pelajar akan pulan bercuti panjang dan akan bersedia untuk menghadapi program yang baru di semester dan tahun baru pula.

Free Blog Content

Tiada ulasan:

Catat Ulasan