Isnin, 11 April 2011

MAKNA INTEGRASI


INTEGRASI
Makna integrasi ialah perpaduan, bekerjasama atau penyatuan. Dalam era globalisasi ini, integrasi menjadi semakin penting. Integrasi ini dapat dilihat dalam pelbagai situasi dan keadaan yang membolehkan sesuatu perkara itu dapat dintegrasikan. Dalam seni integrasi ialah suatu aktiviti yang memastikan terdapat pelbagai bidang seni dalam sesuatu aktiviti mahupun kegiatan yang telah digabungkan dalam satu. Ini akan membuatkan satu integrasi dapat dilihat. Secara ringkasnya integrasi ialah apabila suatu perkara itu turut disatu padukan kepada satu sama yang lain.

Integrasi dalam mata dunia pula ialah, dapat dilihat melalui peningkatan dalam komunikasi antara rakyat di seluruh dunia,Nintegrasi dalam bidang ekonomi (AFTA,NAFTA), integrasi dalam sukan (SEA Games, Sukan Olympic) dan integrasi dalam aspek politik dan sosial (UN,ASEAN,EU,OIC). Melalui integrasi, kita dapat mempunyai semangat untuk menjadi seseorang warga dunia dan akan terdapat peningkatan keprihatinan berkaitan isu-isu dunia. Dalam sesebuah negara pula integrasi ialah lebih ke arah mengintegrasikan kaum di antara kaum-kaum yang lain untuk dapat disatukan.

Dapatlah dilihat dan difahami bahawa makna integrasi itu ialah menyatupadukan sesuatu di antara satu sama yang lain untuk melahirkanb keserasian.


1 ulasan: